PENGENALAN

Assalamualaikum dan selamat datang ke page INTERNATIONAL KAMPUNG MULTITHON (IKM2019)!

IKM2019 memperkenalkan 2 kategori marathon iaitu larian fun run 5km beserta 1 halangan dan larian full run 15km beserta 4 halangan yang akan diadakan di kawasan2 kampung terpilih.

Bagi INTERNATIONAL KAMPUNG MULTITHON 2019, pihak kami iaitu Infinite target Counsultancy sdn Bhd (ITCSB) dengan usahasama MPKK Padang Lalang dengan bangganya memperkenalkan kampung2 di Daerah Kerian, Perak bagi larian pertama kami. Larian akan melibatkan 6 kampung yang terdiri daripada kampung Padang Lalang, Kapung Parit 1 Padang Lalang, Kampung Parit 2 Padang Lalang, Kampung Parit 3 Alor Setangguk, Kampung Parit 2 kubu gajah dan Kampung Tebuk Pancor.

HALANGAN

FULL RUN 15km akan mempunyai 4 halangan  FUN RUN 5km akan mempunyai 1 halangan.

HALANGAN PERTAMA - MEMANCING IKAN

Peserta akan diberikan joran dan umpan bagi memancing ikan di tali air yang disediakan oleh penduduk kampung.

Jangan risau ye kawan-kawan, pihak urusetia akan memasukkan kira-kira 300 ekor ikan keli/puyu ke dalam tali air yang akan disekat beserta dengan ikan-ikan sedia ada di tali air tersebut supaya peserta akan dapat memancing ikan dengan mudah.

Setelah ikan berjaya dipancing, peserta akan menyerahkan ikan & joran tersebut kepada pihak urusetia dan meneruskan larian. Pihak urusetia akan memasukkan semula ikan tersebut supaya bilangan ikan akan sentiasa mencukupi untuk peserta lain.

Tujuan halangan pertama ini adalah untuk peserta merasai suasana kehidupan dan aktiviti kampung yang selalu dilakukan oleh penduduk setempat. Ada juga penduduk kampung yang menjadikan aktiviti memancing ini sebagai punca mata pencarian mereka dari hari ke sehari.

GALERI

DESIGN-DESIGN IKM2019

SESI MESYUARAT AGONG URUSETIA-URUSETIA IKM2019

AKTIVITI-AKTIVITI MEMPROMOSIKAN IKM2019

LOKASI LITAR LARIAN IKM2019

Peluang Perniagaan !!!

Kami ada menyediakan tapak booth untuk para peniaga di IKM2019

copyright @ IKM2019. All right reserved.

  • Facebook
  • Instagram
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now